Subscribe:

Friday, August 6, 2010

REKRUT SIRI KHAS 5 2009


REKRUT SIRI KHAS 5 2009





KUALA BERANG


KUALA BERANG







KEM KOKURIKULUM, MERANG


KEM KOKURIKULUM, MERANG



Tuesday, July 27, 2010

SEJARAH ASKAR WATANIAH


Rejimen Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Rejimen Askar Wataniah telah ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958. Askar Wataniah Malaysia (AW) adalah suatu angkatan sukarela yang berlainan daripada badan-badan sukarela yang lain. AW merupakan Angkatan Sukarela yang bersama-sama Tentera Darat dalam mempertahankan negara kita yang tercinta. Penyertaan rakyat dalam AW merupakan satu sumbangan murni bagi menyahut seruan pertiwi sesuai dengan konsep HANRUH (Pertahanan Menyeluruh) yang ditetapkan dalam Dasar Pertahanan Negara. Sebagai sebuah negara yang pesat membangun dan berwawasan, penglibatan rakyat dan semua pihak adalah amat perlu bagi memainkan peranan dalam pembangunan serta pertahanan negara. HANRUH antaranya menetapkan bantuan nasional termasuk penggemblengan semua sumber negara di samping penglibatan Angkatan Tentera Malaysia.

Penyertaan rakyat dalam Angkatan Sukarela di Semenanjung Malaysia bermula semenjak 1902 lagi apabila Kerajaan Inggeris menubuhkan Pasukan Sukarela di Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang dipanggil Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), pasukan Sukarela di Negeri Melayu Tidak Bersekutu pula dipanggil Unfederated Malay States Volunteer Force (UNFMSVF) dan di Negeri-Negeri Selat pula ialah The Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).

Pasukan-pasukan Sukarela telah memainkan peranan yang begitu penting terutamanya semasa dalam Peperangan Dunia Kedua, Darurat 1948-1960 dan Konfrontasi. Semasa darurat ia dikenali sebagai Home Guard. Pasukan ini telah disusun semula sebagai Pasukan Pertahanan Tempatan pada 1 Jun 1958 dan seterusnya dikenali sebagai Askar Wataniah Malaysia.

Saturday, July 17, 2010

KEM SRI TEMBILA, BESUT, TERENGGANU

KEM SRI TEMBILA, BESUT, TERENGGANU